KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencontohi dasar kelab sukan komuniti Jepun bagi mencungkil bakat bola sepak Malaysia pada peringkat akar umbi.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, inisiatif di Jepun itu bertunjangkan kerjasama erat antara kerajaan, jabatan sukan negara, persatuan sukan, syarikat korporat serta komuniti setempat.
Kelab-kelab berkenaan, katanya, melibatkan pelbagai acara sukan dan terbuka kepada segenap lapisan umur, bukan sekadar tertumpu kepada atlet berprestasi tinggi.







/file/attachments/orphans/833653720_1637627131046199_8231528450288828952_n_114466.jpg)