Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem berkata Malaysia ada asas kukuh dalam sukan permotoran namun menegaskan rancangan perniagaan jangka panjang penting bagi sebarang usaha untuk membawa F1 kembali secara tetap. (Gambar EPA Images pic)

SEPANG: Malaysia masih berpeluang mempunyai untuk kembali ke kalendar Formula Satu (F1), namun usaha itu perlu disokong rancangan perniagaan sekurang-kurangnya lima tahun yang merangkumi aspek pembiayaan, promosi dan logistik, kata Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Mohammed Ben Sulayem.

“Pelaburan itu dan litar ini kedua-duanya sama hebat. Anda boleh lihat banyak perkara telah bertambah baik. Apa sahaja boleh berlaku. Maksud saya, lihat sahaja kalendar. Ia sentiasa berubah,” katanya kepada sekumpulan media Malaysia terpilih dalam satu sesi meja bulat media pada Ahad.