mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya tengok Tapai (komposer) buat posting (hantaran) lagu-lagu ciptaannya di media sosial dan bertanya sekiranya ada lagu dalam simpanannya.

"Dia kemudian bagi lagu yang dah lama disimpan dan saya siapkan liriknya. Ketika itu pun saya dah terbayang Mamat sesuai menyanyikannya."

Demikian kata Johan Aziz yang membuat kemunculan semula dalam industri hiburan tanah air apabila menerbitkani single berjudul Aduhai Jiwa nyanyian Mamat.

Menurutnya, dia sudah lama mengenali Tapai dan tertarik dengan lagunya yang mempunyai vibe 90-an yang popular dikalangan peminat suatu ketika dulu.