KUALA LUMPUR: Sekolah di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya diarahkan tutup, esok, susulan situasi jerebu yang melanda negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata langkah itu membabitkan semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun di Pahang, beliau berkata penutupan hanya membabitkan daerah Rompin.

"Sekolah lain di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak serta Labuan beroperasi seperti biasa," katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau, malam ini.

Fadhlina berkata, beliau sudah meminta semua jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) untuk terus memantau keadaan jerebu serta mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan.