Institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 180 ditutup mulai esok berikutan jerebu.

PETALING JAYA: Semua sekolah di empat negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup mulai esok berikutan jerebu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan semua sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ditutup; manakala di Pahang semua sekolah di daerah Rompin ditutup.

Sementara itu, sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak serta Labuan beroperasi seperti biasa.

"Saya telah minta semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk terus memantau keadaan jerebu dan mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan," katanya di Facebook.