JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan cuba membunuh dengan melanggar seorang lelaki menggunakan kenderaan pacuan empat roda.Tertuduh, Chai Min Quan, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Kanageswari.Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Noorulamin Soriani dengan niat menyebabkan kematian mangsa di Jalan Bayu 7, Bandar Seri Alam, di sini pada jam 8 pagi, 30 September lalu.Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam, manakala tertuduh diwakili peguam, Yap Chi Kei.Nur Fatihah kemudian menawarkan jaminan RM20,000, namun Chi Kei memohon jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya tidak berisiko tinggi untuk melarikan diri ke luar negara.N Kanageswari kemudian membenarkan jaminan berjumlah RM10,000 berserta tiga syarat tambahan, iaitu perlu melaporkan diri ke balai polis setiap bulan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi serta mangsa.Mahkamah menetapkan 18 November untuk sebutan semula kes.
Pengarah syarikat tidak mengaku salah cuba langgar orang awam

Key takeaways
Seorang pengarah syarikat didakwa atas pertuduhan cuba membunuh dengan melanggar seorang lelaki menggunakan kenderaan.
- Tertuduh, Chai Min Quan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahrul.
- Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara.
- Jaminan RM10,000 dibenarkan dengan syarat tambahan seperti melaporkan diri ke balai polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TAUFIK SALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Langgar 2 pelari, penunggang bawah pengaruh alkohol mengaku tak salah
- Utusan Malaysia Penonton tidak pernah salah jika filem tidak laku – Rosyam Nor
- Sinar Harian Pengarah syarikat tidak mengaku salah cuba langgar orang awam (this story)
- Berita Harian Zara Qairina mengaku pernah cuba vape - Ibu








