Muhammad Saiful Sabinee, 21, dibenar ikat jamin RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan 7 Jan ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen.

PETALING JAYA: Pekerja gudang platform e-dagang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan terhadap dua peserta acara larian, Sabtu lalu.

Muhammad Saiful Sabinee, 21, didakwa menunggang motosikal secara melawan arus dengan kadar alkohol sebanyak 184mg dalam 100ml darah sehingga menyebabkan kecederaan terhadap Mazni Lamin, 50, dan Azwan Ibrahim, 41, di Jalan Munshi berhampiran gedung pakaian, Kuala Lumpur, pada 6.14 pagi, 3 Okt.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000, jika sabit kesalahan.