KUALA LUMPUR - Seorang pekerja gudang platform e-dagang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada isnin atas pertuduhan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan terhadap dua peserta acara larian pada Sabtu lepas.Muhammad Saiful Sabinee, 21, didakwa menunggang motosikal secara melawan arus dengan kadar alkohol sebanyak 184 miligram dalam 100 mililiter darah sehingga menyebabkan kecederaan terhadap Mazni Lamin, 50, dan Azwan Ibrahim, 41, di Jalan Munshi berhampiran gedung pakaian di sini jam 6.14 pagi pada 3 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000, jika sabit kesalahan.Seksyen itu juga memperuntukkan bahawa tertuduh boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang tujuh tahun daripada tarikh sabitan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurbatrisyia Mohd Razib menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan terhadap Muhammad Saiful yang tiada lesen memandu.Peguam Muhammad Iqbal Azmi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili Muhammad Saiful, memohon supaya jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya masih bujang dengan pendapatan RM1,500 sebulan."Anak guam saya mempunyai empat adik-beradik dengan seorang daripada mereka masih bersekolah, dan hari ini ibunya hadir untuk menjamin tertuduh," katanya.Majistret Aliaa Anwar membenarkan Muhammad Saiful diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 7 Jan 2027 untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.Sebelum ini, media melaporkan seorang penunggang motosikal dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak melawan arus sebelum melanggar dua peserta larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 pada awal pagi Sabtu lepas semasa laluan berkenaan ditutup bagi acara larian tersebut.Siasatan awal polis mendapati penunggang motosikal berkenaan bersama pembonceng, lelaki berusia 19 tahun telah melepasi laluan yang ditutup menggunakan kon dan penunggang telah diarahkan berhenti oleh anggota polis yang sedang menjalankan penugasan penutupan jalan.Bagaimanapun, penunggang motosikal itu bertindak melarikan diri secara melawan arus sebelum melanggar dua peserta maraton yang sedang berlari. - Bernama
Pekerja gudang didakwa tunggang motosikal bawah pengaruh alkohol, cederakan dua peserta larian

Key takeaways
A warehouse worker was charged with riding a motorcycle under the influence of alcohol, causing injuries to two participants in a marathon.
- Muhammad Saiful Sabinee, 21, was charged under Section 44(1A)(b) of the Road Transport Act 1987.
- He allegedly rode a motorcycle against traffic with a blood alcohol level of 184mg/100ml.
- He is accused of injuring Mazni Lamin, 50, and Azwan Ibrahim, 41, on October 3.
- He was offered bail of RM10,000 with one surety for each charge.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pekerja gudang tidak mengaku langgar peserta KL Marathon
- Sinar Harian Pekerja gudang didakwa tunggang motosikal bawah pengaruh alkohol, cederakan dua peserta larian (this story)





