SHAH ALAM - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad.Lawatan berkenaan dikongsikan menerusi laman Facebook Dr Mahathir yang memaklumkan bahawa Sultan Brunei menziarahi negarawan berusia 101 itu."KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mencemar duli menziarahi YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2026," menurut perkongsian berkenaan pada Isnin.Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 29 September lalu untuk menjalani pemerhatian, sehari selepas isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di hospital sama pada usia 100 tahun.Terdahulu, anak kepada bekas Perdana Menteri itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, bapanya itu memerlukan sedikit masa untuk benar-benar menerima pemergian isterinya yang menjadi teman hidup selama 70 tahun.Beliau berkongsi perkembangan semasa mengenai keadaan bapanya yang kini berada di bawah pemantauan pihak IJN, Kuala Lumpur.