JAKARTA - ndonesia merangkul gelaran sulung Piala ASEAN FIFA 2026 selepas menewaskan Thailand 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti, setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) di sini pada Isnin.Stadium itu bertukar menjadi lautan merah dengan pasukan tuan rumah kendalian John Herdman menewaskan skuad Thailand bimbingan Anthony Hudson dalam perlawanan dramatik yang turut disaksikan Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Presiden FIFA Gianni Infantino.Kedua-dua pasukan memasuki waktu rehat terikat 0-0 walaupun saling berbalas serangan dalam aksi babak pertama.Setelah perlawanan bersambung, Indonesia meningkatkan serangan dan memperoleh peluang keemasan pada minit ke-69, namun Mitchell Baker yang tidak dikawal gagal memanfaatkan peluang selepas rembatannya tersasar ke sebelah kiri tiang gol.Tugas pasukan pelawat semakin sukar apabila Nicholas Mickelson dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-81 susulan kekasaran terhadap Ole Romeny.Indonesia memanfaatkan peluang tiga minit kemudian apabila sepakan bebas Dean James terbias mengenai Iklas Sanron lalu menerjah gawang Thailand, dengan penjaga gol Saranon Anuin hanya dapat memerhati.Bagaimanapun, Iklas menebus kesilapan gol sendiri itu pada minit ke-87 dengan menyempurnakan hantaran Seksan Ratree, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.Peluang Thailand meraih kemenangan kian cerah apabila pemain gantian Peeradol Chamrasamee menjaringkan gol hasil serangan balas pada minit ke-111, menewaskan penjaga gol Indonesia Emil Audero menerusi satu rembatan padu.Namun, skuad Garuda enggan mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan empat minit sebelum masa tambahan berakhir apabila Elkan Baggott tenang menyudahkan hantaran silang Rizky Ridho.Dalam penentuan sepakan penalti, percubaan ketiga Thailand oleh Sarach Yooyen terkena tiang gol, manakala sepakan keempat Nattapong Sayriya diselamatkan oleh Audero, membolehkan Indonesia mengesahkan kemenangan 4-2.Terdahulu, Malaysia meraih tempat ketiga selepas menewaskan Vietnam 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga pada sebelah petang. - Bernama
Indonesia juara Piala ASEAN FIFA 2026

Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Piala Asean: FAM minta penjelasan Fifa masa tambahan ditukar
- Sinar Harian Indonesia juara Piala ASEAN FIFA 2026 (this story)
- Berita Harian Indonesia juara Piala ASEAN FIFA
- Harian Metro Indonesia juara sulung Piala ASEAN FIFA





