surayaroslan@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Pekerja gudang sebuah syarikat e-dagang yang menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol sebelum melanggar dua peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) awal bulan ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Muhammad Saiful Sabinee, 21, mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menunggang motosikal secara melawan arus ketika berada di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 184 miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter darah.
Perbuatan itu didakwa menyebabkan kecederaan kepada peserta larian, Mazni Lamin, 50, dan Azwan Ibrahim, 41, di Jalan Munshi, berhampiran sebuah gedung pakaian, di sini, jam 6.14 pagi, 3 Oktober lalu.






