sukan@hmetro.com.my
Seremban: Pemain sepak takraw negara, Hafizul Hayazi Adnan mengajak lebih ramai pelajar sekolah harian menyertai Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 sambil menegaskan status sekolah bukan penghalang untuk melahirkan pemain berkaliber.
Menurut Hafizul Hayazi atau lebih dikenali sebagai John, kejohanan anjuran McDonald's dengan kerjasama Harian Metro itu penting dalam usaha pembangunan sukan berkenaan terutama bagi memastikan Malaysia terus memiliki barisan pelapis berkualiti.
Katanya, persaingan dalam sukan sepak takraw semakin sengit apabila beberapa negara mula menunjukkan peningkatan cukup baik, sekali gus mampu mencabar kuasa besar seperti Malaysia dan Thailand.
"Memang kejohanan yang dianjurkan oleh McDonald's ini bagus untuk pembangunan kerana kita memang memerlukan ramai pelapis untuk Malaysia.






