am@hmetro.com.my

Putrajaya: Diplomat negara digesa terus memperkukuh pengetahuan dan pengalaman bagi mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai pusat rujukan dalam bidang diplomasi, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, Malaysia suatu ketika dahulu terkenal sebagai rujukan dalam kalangan negara ASEAN, terutama dalam urusan perjanjian dan dokumentasi antarabangsa, namun kedudukan itu kini dilihat semakin ketinggalan berbanding negara jiran.

"Malaysia dulu terkenal menjadi 'center of reference'. Kalau dulu, 'international agreement', 'international documentation', semua diplomat dari ASEAN merujuk kepada diplomat Malaysia.

"Sekarang ini kita tertinggal. Maka ini yang perlu dilakukan segera supaya pendedahan, pengalaman dan pengetahuan, menambah pengetahuan itu perlu disegerakan," katanya.