PUTRAJAYA: Diplomat negara ini digesa terus memperkukuh pengetahuan dan pengalaman bagi mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai pusat rujukan dalam bidang diplomasi.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Malaysia pada suatu ketika dahulu terkenal sebagai rujukan dalam kalangan negara ASEAN, terutama berkait urusan perjanjian dan dokumentasi antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau berkata, kedudukan itu kini dilihat semakin ketinggalan berbanding negara jiran.

"Malaysia dulu terkenal sebagai 'center of reference' (pusat rujukan). Kalau dulu, 'international agreement' (perjanjian antarabangsa), 'international documentation' (dokumentasi antarabangsa), semua diplomat dari ASEAN merujuk diplomat Malaysia.