ISKANDAR PUTERI: Mampukah Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan aksi pertama berdepan kelab dari Kemboja PKR Svay Rieng FC dengan keputusan positif pada aksi Kumpulan B dalam saingan Kejuaraa Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee musim 2026/2027 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam esok?
Persoalan itu pasti harus di jawab dengan corak taktikal yang lebih ampuh oleh pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz bagi menebus kehampaan ketika aksi musim lalu apabila skuad bimbingannya hanya mencatat keputusan seri 2-2 berdepan skuad kendalian Mattew McConkey di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, 4 Disember lalu.
Justeru, bagi memastikan Harimau Selatan bermula dengan langkah kanan, Munoz pasti akan menurunkan kesebelasan terbaik dan akan mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri untuk menidakkan skuad yang bergelar The Blue Swords' pada aksi yang dijangka berintensiti tinggi.









