ENAM bulan awal 2026 menyaksikan pertumbuhan sokongan terhadap filem tempatan lebih baik berbanding tahun sebelum dengan deretan naskhah yang menembusi kutipan RM10 juta. Bagaimanapun, situasi ini tidak kekal lama apabila banyak naskhah yang dianggap penting menceritakan tentang sejarah, perjalanan atlet negara sehinggalah filem yang mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi tidak meraih kutipan tinggi. 

Orang Perang yang membawa  menceritakan keberanian masyarakat Orang Asli kaum Semai dalam mempertahankan tanah air ketika Tanah daripada ancaman komunis berhadapan detik sukar pada empat hari awal tayangan. Terbang dihasilkan dengan kualiti pembikinan taraf antarabangsa dengan bajet lebih RM10 juta perlahan mencapai angka kutipan dua juta memasuki awal Oktober manakala kutipan Semusim Lara perlahan,  masih jauh menyentuh separuh juta.