Baru-baru ini terjadi perbualan panjang di medsos dalam kalangan penggiat filem, peminat dan penonton apabila filem Terbang arahan Chiu Keng Guan, pengarah yang pernah menghasilkan filem OlaBola dan The Journey itu gagal mencapai kutipan yang memberangsangkan. Selepas seminggu ditayangkan, Terbang dilaporkan hanya mengutip sekitar RM1.2 juta, angka yang agak kecil bagi sebuah produksi menelan belanja sekitar RM10 juta. Filem diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali Malaysia, Karamjit Singh dan pasukan PERT itu mula ditayangkan pada 17 Sept 2026. Barisan pelakonnya bukan calang-calang. Ada Irfan Zaini, Jack Tan, Nam Ron, Zizan Razak dan Shweta Sekhon. Kegagalan ini menimbulkan tanda tanya apakah filem biopik tempatan tak berapa diminati oleh penonton kita? Di sinilah gaduh-gaduh berlaku terutama di Threads. Saya meneliti hujah demi hujah.
Filem gagal, salahkan penonton
Kalau kita mahu buat filem yang tidak mengikut selera semasa, kita juga perlu sedia terima kemungkinan selera semasa memang jarang menyebelahi filem seperti itu.

Key takeaways
Filem Terbang gagal mencapai kutipan yang diharapkan walaupun dinilai baik. Kritik terhadap penonton muncul di media sosial.
- Filem Terbang hanya mengutip RM1.2 juta meski biaya produksi RM10 juta.
- Banyak penonton memuji filem tersebut, tetapi tidak menontonnya.
- Kritik terhadap penonton muncul, meski faktor lain seperti genre dan promosi juga berperan.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- Ronasina
- Section
- Column
- Length
- 1,411 words · about 6 min read
- Format
- Article
- Original
- freemalaysiatoday.com ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Filem gagal, salahkan penonton (this story)
- Utusan Malaysia Penonton tidak pernah salah jika filem tidak laku – Rosyam Nor






