PROBIN-M menyerahkan memorandum kepada kerajaan bagi menuntut kelayakan subsidi diesel untuk lori RoRo yang digunakan dalam perkhidmatan pengurusan sisa dikembalikan.

PUTRAJAYA: Persatuan Pengusaha Roll-On Roll-Off Bin Malaysia (PROBIN-M) menyerahkan memorandum kepada kerajaan bagi menuntut kelayakan subsidi diesel untuk lori RoRo yang digunakan dalam perkhidmatan pengurusan sisa dikembalikan.

Pengerusinya Wan Mohd Zharif Wan Zulkiffeli berkata sebahagian pengusaha kehilangan kelayakan subsidi selepas nama atau klasifikasi kenderaan dalam Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) berubah susulan pemeriksaan.

Menurutnya, keadaan itu berlaku walaupun fungsi kenderaan berkenaan tidak berubah dan masih digunakan untuk membawa tong RoRo serta mengutip dan mengangkut sisa dari kawasan komersial, perindustrian dan pembinaan.