PETALING JAYA: Jabatan Penjara sudah memberi perincian prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah kepada bekas perdana menteri, Najib Razak, kata Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Zamri Misman.
"Jabatan Penjara sudah memaklumkan details (perincian) kepada Datuk Seri Najib," katanya menurut Harian Metro pada sidang media di Parlimen.
Beliau ditemui selepas menghadiri sesi taklimat media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berhubung pelaksanaan hala tuju institusi Parlimen selepas Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 berkuat kuasa 1 Okt lalu.








