Kuala Lumpur: Tidak dinafikan perkembangan pesat platform penstriman memberi banyak pilihan kepada penonton untuk menonton filem.

Menurut pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam begitupun pihaknya berharap penonton terus menyokong filem tempatan dengan menonton di pawagam.

Yusof atau nama lengkapnya Mohd Yusof Md Haslam Khan, 72, berkata, sambutan di pawagam tetap penting kerana kegagalan sesebuah filem mencapai kutipan baik boleh memberi kesan kepada penerbit yang mempertaruhkan modal untuk menghasilkan sesebuah karya.

"Bagi saya itu pilihan dan hak masing-masing. Tapi saya mengharapkan penonton di Malaysia menyokong filem tempatan di pawagam. Sebab filem ini kita mengeluarkan bajet yang besar.