WASHINGTON:  Amerika Syarikat (AS) memantau laporan mengenai kes disyaki wabak  paru-paru di Russia selepas kematian seorang pekerja makmal berusia 28 tahun di wilayah Irkutsk, Siberia.

Susulan itu, ratusan individu yang pernah berhubung dengan pekerja tersebut telah dikuarantin.

Seorang jurucakap Jabatan Negara AS, berkata, pemantauan itu dilakukan selepas pihaknya  mengetahui tentang laporan wabak  paru-paru berlaku di wilayah tersebut.

“Kami memantau keadaan itu dengan teliti bersama CDC (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS) dan rakan kongsi antara agensi kami yang lain,” katanya kepada laman berita RFE/RL kelmarin.

Jabatan Negara AS menggesa pihak berkuasa Russia supaya berkongsi maklumat yang tepat dengan cepat dan secara terbuka, Ia menyatakan bahawa wabak itu boleh dirawat dengan antibiotik yang lazim digunakan, khusus­nya jika rawatan dimulakan pada peringkat awal.