SHAH ALAM: Pas tidak sewajarnya mempertikai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengambil tindakan terhadap Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mereka perlu menyelesaikan masalah yang berlaku.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, notis penggantungan yang dikenakan terhadap PN itu berdasarkan aduan daripada Bersatu yang selaras dengan Akta Pertubuhan 1966.
Menurutnya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu memperbetulkan kembali PN yang sebelum ini diasaskan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Situasi sebenar yang diambil tindakan oleh pihak ROS iaitu selepas Bersatu mengemukakan aduan rasmi kepada ROS pada 11 Ogos berhubung Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu kerana tidak memanggil Bersatu.






