KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,681 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, statistik itu antara lain melibatkan kesalahan buli fizikal, buli lisan, buli bukan lisan serta buli siber.

Namun katanya, angka sebenar mungkin lebih besar, mengambil kira kes buli dan salah laku disiplin di pusat pendidikan yang tidak dilaporkan berikutan ada pihak pentadbiran yang mahu menjaga imej sekolah masing-masing.

“Masalahnya kadang-kadang dilindungi (pelaku) kerana tidak mahu imej sekolah itu buruk, mahu jaga reputasi sekolah, beri laporan yang baik-baik sahaja hakikatnya anak-anak di sekolah itu berasa terdera, tertekan (apabila) masuk ke sekolah.