harisfadli@hmetro.com.my
Klang: Seorang pelarian Rohingya merayu untuk dilepaskan selepas ditahan ketika baru pulang dari mengutip sayur kangkung sambil menunggang motosikal tanpa lesen menerusi Ops Pemandu Warga Asing (PeWA), di sekitar Meru, di sini, hari ini.
Lelaki berusia 32 tahun itu memberikan alasan terpaksa membawa motosikal demi mencari rezeki untuk menyara isteri dan tiga anak yang masih kecil.
Dia mendakwa motosikal jenis Honda EX5 yang ditungganginya merupakan pemberian seorang warga tempatan yang juga bekas majikannya yang bersimpati dengan mereka sekeluarga.
"Motor 'haji' punya, tak ada bayar, dia beri sedekah sama saya. Saya guna motor cari kangkung tepi longkang dekat sini (sekitar Klang) untuk beri makan anak, bini. Sehari dapat RM20 ke RM30.









