am@hmetro.com.my
Melaka: Banduan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini, atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun tanpa niat ketika menyamun mangsa, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk DJP Suria Kumar menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Faris Amjad Jamalludin, 27, selaku tertuduh kedua yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan selain menimbangkan hujah pendakwaan dan pembelaan serta fakta kes sebelum ini.
Beliau menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 11 Jun 2023.
Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan tertuduh pertama, Noorbaizura Mohd Fuad, 37, yang tidak mengaku atas pertuduhan sama selepas pendakwaan menarik balik kes terhadapnya hari ini.








