zatuliffah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holdings Berhad terus memperkukuhkan peranannya sebagai institusi kewangan Islam yang bertanggungjawab menyokong pembangunan ummah di Malaysia dengan menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM956,200 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.
Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat serta memperkasakan kesejahteraan golongan asnaf melalui kerjasama strategik dengan institusi zakat di seluruh negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, sebagai pengendali takaful yang berlandaskan prinsip ta'awun dan peka dengan tanggungjawab sosial, Takaful IKHLAS percaya bahawa zakat adalah instrumen penting memperkukuh kesejahteraan masyarakat Islam di Malaysia.








