SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM41.72 juta daripada lima syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) diwakili Pengerusi, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, mendahului senarai syarikat pembayar zakat dengan menyerahkan RM27.01 juta, sekali gus menjadi penyumbang zakat korporat terbesar kepada Zakat Selangor tahun ini.
Kemudian diikuti oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shamsul Ahmad menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM5.60 juta.
Manakala Kumpulan Kewangan Islam Maybank menyerahkan RM4.22 juta menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Mohamad Yasin Abdullah.









