KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia), Datuk Ng Wei Wei, sekali lagi diiktiraf sebagai antara Wanita Paling Berkuasa Asia (Most Powerful Women Asia) oleh Fortune, apabila menduduki tangga ke-85 tahun ini berbanding tempat ke-95 sebelum ini.
Pengiktirafan itu sekali gus menobatkan Wei Wei sebagai wanita Malaysia dengan kedudukan tertinggi dalam senarai tahunan berkenaan yang menghimpunkan 100 wanita berpengaruh dari 15 negara di Asia.
Fortune berkata, kedudukan berkenaan mencerminkan sumbangan berterusan beliau terhadap UOB, pelanggan dan komuniti, selain peranan dalam menyokong pertumbuhan Malaysia serta memperkukuh hubungan serantau.
"Ia adalah pengiktirafan yang cukup bermakna terhadap kepimpinan beliau yang berteraskan tujuan serta impak yang terus dibawa kepada UOB, pelanggan dan komuniti kami.










