Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia), Datuk Ng Wei Wei terus diiktiraf Fortune sebagai antara Wanita Paling Berkuasa Asia (Most Powerful Women Asia) apabila naik ke tangga ke-85 tahun ini berbanding ke-95 sebelum ini.
Senarai tahunan yang menampilkan 100 wanita itu turut menempatkan Ng Wei Wei sebagai warga Malaysia berkedudukan tertinggi dalam kalangan pemimpin dari 14 negara lain di Asia.
Wei Wei menjadi wanita pertama menerajui UOB Malaysia antara bank terbesar di Malaysia pada Mei 2022 selepas kembali menyertai UOB pada 2019 berikutan lebih sedekad berkhidmat di bank lain.
Pada 2025, UOB Malaysia mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.5 bilion, meningkat 15.6 peratus.









