ALOR SETAR: Malaysia mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih 19 pingat pada pertandingan International Mathematics and Science Olympiad (IMSO) 2026 yang berlangsung di Jawa Barat, Indonesia, bermula Jumaat lalu.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah yang diberikan kepercayaan Kementerian Pendidikan selaku pengelola Pasukan Malaysia berkata, wakil negara berjaya meraih tiga pingat emas, enam perak dan 10 gangsa dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.
Katanya, tiga emas masing-masing disumbangkan Yap Xuan Cheng, Tan Ze Ern dan Kai Ong Jing Hao dalam kategori Matematik.
"Bagi pingat perak, lima diraih dalam Matematik menerusi Chong Chee Him, Law Hong Hoe, Sean Yap, Pee Yong Hao dan Leong Mun Hoong, manakala Lim Yen Xi menyumbang satu perak dalam kategori Sains.









