Toyota City, Jepun: Korea Selatan meraih pingat emas bola sepak lelaki di Sukan Asia selepas menewaskan tuan rumah Jepun 1-0 pada final hari ini, sekali gus meredakan kekecewaan susulan kempen Piala Dunia mengecewakan serta beberapa kontroversi yang menjejaskan imej bola sepak negara itu.

Penyerang Swansea City, Eom Ji-sung meledak gol pada minit ke-60 untuk menghadiahkan Korea Selatan kejuaraan keempat berturut-turut di hadapan 30,000 penonton di Stadium Toyota, berhampiran Nagoya.

Jepun mengintai peluang untuk meraih emas buat kali pertama sejak 2010 dan dibimbing Go Oiwa yang akan mengambil alih skuad kebangsaan senior selepas Piala Asia tahun depan.

Pertandingan bola sepak Sukan Asia membabitkan skuad bawah 23 tahun (B-23) dengan tiga pemain berusia lebih 23 tahun dibenarkan beraksi.