TOYOTA CITY: Korea Selatan memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan Asia 2026 selepas menewaskan tuan rumah, Jepun 1-0 pada final, hari ini.
Kejayaan berkenaan dilihat mampu meredakan kekecewaan negara itu selepas kegagalan di Piala Dunia yang turut mencetuskan beberapa kontroversi.
Pemain Swansea City, Eom Ji-sung meledak gol pada minit ke-60 untuk membantu Korea Selatan meraih kejuaraan keempat berturut-turut di hadapan kira-kira 30,000 penonton di Stadium Toyota, berhampiran Nagoya.
Jepun mengintai peluang untuk memenangi emas buat kali pertama sejak 2010 dan dibimbing Go Oiwa, yang akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan senior selepas Piala Asia tahun depan.








