Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengugut untuk mengenakan 'caj' lebih tinggi ke atas Korea Selatan jika negara itu tidak bersetuju untuk melabur dalam projek gas asli cecair (LNG) di Alaska, lapor Agensi Berita Yonhap.
Trump sebelum ini mendakwa Korea Selatan akan menyertai pelaburan itu.
Kenyataan itu dibuat ketika sidang media di Rumah Putih, dua hari selepas beliau mendedahkan pakej pertama projek pelaburan AS di Korea Selatan di bawah perjanjian perdagangan dua hala tahun lepas, yang menurutnya terdiri daripada projek LNG, pembinaan loji jana kuasa gas di Texas dan lapan loji tenaga nuklear berskala besar.
Berkenaan projek LNG, Seoul menyatakan bahawa ia belum memuktamadkan keputusan untuk mengambil bahagian.









