Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam Iran akan diserang 'habis-habisan' jika siasatan mendapati Tehran terbabit dalam serangan terhadap penerbangan flydubai ke Israel.
Trump berkata, Iran berkemungkinan terbabit dalam kejadian yang berlaku ketika penerbangan dari Dubai ke Tel Aviv itu.
"Saya akan katakan jawapannya, berdasarkan apa yang saya dengar, adalah ya, tetapi kami sedang menyiasatnya sekarang," kata Trump ketika ditanya pemberita di Rumah Putih sama ada Iran terbabit dalam kejadian itu.
Ketika ditanya sama ada AS akan bertindak balas terhadap Iran jika negara itu bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan, Trump menjawab: "Oh, mereka akan diserang habis-habisan, jangan bimbang".






