PETALING JAYA: Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM956,200 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.
Penyaluran zakat oleh anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad itu bertujuan menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat serta memperkasakan kesejahteraan golongan asnaf menerusi kerjasama strategik bersama institusi zakat di seluruh negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, zakat merupakan instrumen penting dalam memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat Islam di Malaysia berlandaskan prinsip ta’awun.
“Pada tahun ini, zakat perniagaan Takaful Ikhlas Family dan Takaful Ikhlas General disalurkan kepada institusi-institusi zakat di negeri Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Melaka dan Wilayah Persekutuan.







/file/1326/a36ec992e7106f2d294033389b03f61e.jpeg)
