am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melarikan diri daripada pemeriksaan polis di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Nounton, Inanam, hari ini.
Polis menerima maklumat orang awam mengenai kehadiran remaja berusia 18 itu bersama dua lagi lelaki yang dalam keadaan mencurigakan kira-kira 4 pagi di sekitar Lorong Langsat, Jalan Inanam.
Susulan itu, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dari Balai Polis Inanam telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, sebaik tiba di lokasi pada 4.10 pagi, anggota polis mengesan tiga lelaki berada di tepi jalan berhampiran sebuah premis perniagaan.








