KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik ketika dipercayai mencuri kabel di tepi Jalan Acob, Kapar di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 10 pagi memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki di lokasi berkenaan."Pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kegiatan mencuri kabel. "Kedudukan mangsa ketika ditemui menunjukkan tangannya masih melekat pada kabel tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, polis turut menemukan peralatan memotong kabel, mangga serta sebuah motosikal yang dipercayai digunakan mangsa di lokasi kejadian.Beliau berkata, mangsa kemudian dikenal pasti waris sebagai lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an dan berasal dari Kapar, Klang."Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk bedah siasat pada 5 Oktober," katanya.Ramsay berkata, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mejar Azhar di talian 012-349 5921 bagi membantu siasatan.
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel

Key takeaways
A man died from an electric shock while allegedly stealing a cable in Klang, Malaysia. His body was found by the public.
- The incident occurred on a Sunday at Jalan Acob, Kapar, Klang.
- The man's hands were still attached to the cable when his body was found.
- Police found cutting equipment, a mango, and a motorcycle at the scene.
- The man's identity was confirmed as a local resident in his 40s from Kapar, Klang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- October 4, 2026 at 11:03 AM UTC
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel (this story)
- Malaysiakini (BM) Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh teman lelaki di rumah sewa









