PUTRAJAYA - Dua tokoh korporat bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira yang direman bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta dibebaskan dengan jaminan.Individu bergelar Datuk Wira telah dibebaskan pada Isnin lalu sebaik tempoh remannya berakhir.Seorang lagi yang bergelar Datuk Seri pula dilepaskan pada Rabu selepas tempoh remannya dilanjutkan selama dua hari.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.Media sebelum ini melaporkan kedua-dua beradik lelaki itu ditahan reman selama lima hari sehingga 5 Oktober.SPRM turut menyita 15 unit kereta mewah bernilai kira-kira RM31 juta, 12 unit motosikal berkuasa tinggi bernilai kira-kira RM5 juta, lima unit jam tangan mewah, tiga unit gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.Selain itu, SPRM turut membekukan dua akaun peribadi bernilai kira-kira RM2 juta.
2 beradik tokoh korporat bergelar Datuk Seri, Datuk Wira dibebas dengan jaminan SPRM

Key points
- PUTRAJAYA - Dua tokoh korporat bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira yang direman bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta dibebaskan dengan jaminan.
- Individu bergelar Datuk Wira telah dibebaskan pada Isnin lalu sebaik tempoh remannya berakhir.
- Seorang lagi yang bergelar Datuk Seri pula dilepaskan pada Rabu selepas tempoh remannya dilanjutkan selama dua hari.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian Biarpun bergelar Datuk, Ameng kekal harga persembahan
- Sinar Harian 2 beradik tokoh korporat bergelar Datuk Seri, Datuk Wira dibebas dengan jaminan SPRM (this story)







