PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan dua tokoh korporat adik beradik bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira yang direman bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta dengan jaminan.

Suspek bergelar Datuk Wira telah dibebaskan pada 5 Oktober lalu sebaik tempoh remannya berakhir, manakala seorang lagi suspek yang bergelar Datuk Seri dilepaskan hari ini selepas tempoh remannya dilanjutkan selama dua hari sebaik sahaja tamat pada 5 Oktober lalu.

Menurut sumber, sebelum ini, kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 5 Oktober lalu.

“Pada masa sama, SPRM turut menyita 15 unit kereta mewah bernilai kira-kira RM31 juta selain 12 unit motosikal berkuasa tinggi bernilai kira-kira RM5 juta, lima unit jam tangan mewah, tiga unit gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.