KUALA LUMPUR: Pelakon Janna Nick berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana dalam bidang perfileman di United Kingdom (UK) dengan keputusan cemerlang selepas setahun menimba ilmu di negara itu.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 31, berkata kejayaan itu menjadi antara detik paling bermakna dalam hidupnya selepas berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian.

"Saya sudah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perfileman di UK dengan keputusan cemerlang. Jadi, sudah dua minggu saya pulang ke Malaysia.

"Cuma nanti saya akan ke sana semula untuk menghadiri majlis graduasi. Alhamdulillah, penat lelah saya berbaloi. Saya sendiri tidak menjangka perkara ini akan berlaku, tetapi Allah izinkan," katanya.