KUALA LUMPUR: Tiada kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) di dewan sekolah menengah di Yong Peng, Johor di mana pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, ditemukan maut selepas disyaki dibunuh kelmarin.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata sekolah menengah itu mempunyai CCTV, namun tidak dipasang di tempat kejadian.
"Jadi, kita sedang tambah baik, kita ambil tindakan terus.
"Sebab itu, selain fasa (menambah kemudahan CCTV), mana-mana sekolah sudah ada CCTV dan CCTV itu tidak berfungsi atau rosak, sila maklumkan kepada kita untuk kita sama-sama tambah baik, dan ambil tindakan supaya ia berfungsi untuk merakam serta merekodkan kejadian di sekolah," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/aa16b69409642838a87d5ec88eb05d82.jpg)
