KUALA LUMPUR: Sebanyak RM68.81 juta baki Akaun Belum Terima (ABT) Wang Pendahuluan Kontraktor (WPK) bagi lima kementerian masih belum dikutip sehingga 31 Disember lalu.
Jabatan Audit Negara menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 memaklumkan, jumlah itu membabitkan 24 projek Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) .
KPM dan MINDEF merekodkan ABT WPK tertinggi iaitu masing-masing RM28.13 juta dan RM17.49 juta.
Katanya, daripada jumlah itu, RM59.63 juta (86.7 peratus) sudah melebihi 10 tahun membabitkan 21 syarikat.
"Manakala lima syarikat sudah dibubarkan dengan ABT WPK berjumlah RM10.68 juta; 13 syarikat digulung dengan ABT WPK berjumlah RM27.76 juta dan tiga syarikat lagi masih aktif dengan ABT WPK berjumlah RM21.19 juta.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)