puterialia@hmetro.com.my
Shah Alam: Pelakon, Janna Nick menyifatkan penat lelah dan kesukaran yang dilaluinya berbaloi selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Sastera dalam Pembuatan Filem di United Kingdom (UK).
Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner, 31, berkata dia sengaja merahsiakan perjalanan pengajiannya selama setahun kerana bimbang berdepan dengan 'penyakit ain'.
"Penat lelah saya semua berbaloi, sangat tidak expect (jangka). Rezeki Allah izinkan benda itu terjadi dan Allah mudahkan perjalanan itu.
"Sampai tahap saya takut kena 'ain'. Setahun saya tak cerita apa-apa, sampai dapat result (keputusan) baru saya cerita. Walaupun saya selalu buat 'content', saya tak kongsikan video tunjuk pergi belajar.










