saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat ini akan diawalkan ke jam 3.30 petang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor, berkata surat pemakluman perubahan masa itu sudah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

"Antara urusan penting yang akan dibahaskan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini ialah Belanjawan 2027, yang mana pembentangan bacaan kedua diawalkan pada jam 3.30 petang hari Jumaat ini.

"Sehubungan itu, bagi kemudahan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam, solat Jumaat akan diadakan di dalam Parlimen Malaysia," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.