norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon, Azar Azmi, 37, memilih untuk tidak berkongsi mengenai status perkahwinannya dengan suami, Mohd Apri Hazreen, 41, yang kini dalam tahanan penjara atas pertuduhan menipu.
Pemilik nama sebenar, Siti Azar Ameerah Azmi ini berkata, ini kerana kes suaminya masih dalam perbicaraan selain dia menghormati proses undang-undang di mahkamah.
"Macam inilah, selagi tak ada keluar daripada mulut saya (mengenai status perkahwinan), rasanya orang pun 'clear' tentang itu. Sebab biasanya kalau kita sudah tiada apa-apa (hubungan), benda itu akan ada 'statement'.
"Cuma, situasi saya adalah dia (suami) sekarang ada di 'dalam' (penjara), bila dekat dalam tidak boleh nak buat apa. Kes masih berjalan, jadi memang tidak boleh buat apa-apa," katanya.










/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)