AMPANG: Pelakon Azar Azmi akur dengan perintah mahkamah yang melarangnya mendekati suaminya, Apri Hazreen Mohd Sapri, yang kini dalam tahanan sementara menunggu prosiding terhadap dua pertuduhan penipuan.
Azar, 37, berkata larangan itu perlu dipatuhinya kerana dia adalah saksi pendakwaan dalam kes berkenaan, sekali gus tidak boleh bertemu atau mendekati suaminya mengikut jarak yang ditetapkan mahkamah.
Katanya, walaupun ahli keluarga lain dibenarkan melawat Apri, keadaan itu tidak terpakai kepadanya kerana statusnya sebagai saksi pendakwaan.
"Saya tak boleh sentuh sangat sebenarnya. Sebelum ini saya pernah beritahu yang dia tak boleh dekat dengan saya dan saya pun tak boleh dekat dengan dia kerana saya adalah saksi pendakwaan.






