norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Pelakon, Azar Azmi, 37, menyifatkan Threads yang didakwa sebagai 'medan toksik' adalah satu aplikasi media sosial sahaja, namun yang menjadikan 'content' di dalamnya baik atau buruk bergantung kepada warganet sendiri.
Azar atau nama sebenar, Siti Azar Ameerah Azmi berkata, orang-orang yang berada di dalam aplikasi itu (Threads) sebenarnya membentuk satu persekitaran menjadikan ia positif atau sebaliknya dengan pelbagai perkongsian hantaran dimuatnaik.
"Saya bukannya jenis orang yang perlu ada semua aplikasi media sosial. Setakat ini, saya mungkin ada semua aplikasi tetapi hanya Threads sahaja yang saya tidak ada. Saya belum 'register' (daftar) dengan Threads lagi.






