razis@hmetro.com.my
Puchong: Lee Chean Chung menghantar borang untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) hari ini selepas tiga hari meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat pada 2 Oktober lalu.
Perkara itu disahkan Pemimpin Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu Pejabat BERSAMA di sini, hari ini.
"Kami mengalu-alukan kehadiran saudara Lee Chean Chung sebagai seorang pemimpin BERSAMA.
"Beliau (Chean Chung) menghantar permohonan untuk menyertai BERSAMA pada hari ini dan permohonan itu akan diproses mengikut tatacara keahlian BERSAMA," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Chean Chung.










/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)