PUCHONG: Bekas pemimpin PKR, Lee Chean Chung hari ini menghantar borang untuk menyertai BERSAMA selepas tiga hari meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat.

Perkara itu disahkan Pemimpin BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli ketika sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

"Kami mengalu-alukan kehadiran saudara Lee Chean Chung sebagai seorang pemimpin BERSAMA.

"Beliau (Chean Chung) menghantar permohonan untuk menyertai BERSAMA pada hari ini dan permohonan itu akan diproses mengikut tatacara keahlian BERSAMA," katanya.

Chean Chung turut hadir pada sidang media itu.