KUALA LUMPUR: Gelaran Datuk yang diterima, baru-baru ini tidak sesekali mengubah personaliti penyanyi Ameng apabila sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diperolehi sekarang.
Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, berkata pada masa sama, bayaran untuk beliau mengadakan persembahan juga masih kekal buat masa ini.
"Harga 'show' saya 'maintain' (kekal). Saya dah cakap dengan Sabariah (isteri), walaupun kita sudah dapat pingat, harga 'show' jangan naik lagi. Cukuplah setakat apa yang kita letak sekarang ini.
"Kepada penganjur-penganjur yang biasa berhubungan dengan kami, anda jangan risau. Harga kami tetap sama dan saya bukan nak menggunakan kesempatan atas anugerah itu.
"Apa yang saya rasa, saya sudah cukup dengan apa yang saya ada sekarang. Setakat itu saja. Semua sudah ada, apa lagi nak dikejar," katanya kepada Harian Metro.







/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)
